Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

Menanti ketibaan Ramadhan Al-Mubarak...

Tinggal beberapa hari saja lagi umat Islam akan berada dalam bulan yang penuh keberkatan iaitu Ramadhan. Seperti dua tahun sebelumnya, pada tahun ini aku akan menjalani ibadah puasa pada hari pertama di Sintok. Dalam sedar tak sedar, aku sudah menjalani pengajian di UUM hampir tiga tahun. Banyak perkara yang berlaku sepanjang aku berada di sini. Kenangan yang indah pada bulan Ramadhan di UUM adalah apabila berbuka puasa bersama rakan-rakan. Tidak dinafikan bahawa berbuka puasa bersama rakan-rakan sangat menyeronokkan kerana selera akan bertambah apabila duduk bersantap bersama-sama. Dan, sudah semestinya waktu yang paling ditunggu-tunggu pada bulan Ramadhan adalah waktu berkumandangnya azan Maghrib kerana ia menandakan sempurnalah ibadah puasa kita pada hari itu. (Yang paling penting dapat makan puas2..hehehe!!!) Namun demikian, pada bulan Ramadhan selalu terjadinya amalan membazir. Walaupun syaitan tidak dapat mempengaruhi manusia pada bulan Ramadhan, namun, amalan buruk iaitu membazi