Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2014

Tahap Ilmu Seseorang

Jika kita membicarakan soal ilmu, sudah pasti kita menyedari tentang luasnya ilmu itu. Walaupun kita belajar sepanjang hayat, kita tidak akan mampu memiliki kesemua ilmu yang terdapat di dunia ini. Oleh hal yang demikian, apakah yang membezakan ilmu seseorang itu dengan yang lain? Sudah pasti yang membezakan ilmu seseorang dengan orang lain adalah tahap ilmunya. Pada pandangan saya, ada beberapa tahap yang menjadi pengukur tentang ilmu seseorang. 1) Bermasalah (Bad)     - Tahap ilmu seperti ini adalah tahap di mana ilmunya di bawah kadar biasa iaitu boleh dikatakan sebagai tidak mempunyai pengetahuan asas dalam sesuatu perkara. Jika ditanyakan mengenai sesuatu, dia tidak tahu atau tidak pernah mengambil tahu. Dan, orang seperti ini selalunya mudah ditipu dan diperbodoh oleh orang lain. 2) Bagus (Good)     - Bagi seseorang yang mempunyai tahap ilmu seperti ini, dia boleh dikatakan bagus kerana mempunyai pengetahuan asas tentang sesuatu perkara atau pengetahuannya sama t