Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

Nasihat Yang Bermanfaat Untuk Umat Islam...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. Alhamdulillah kita masih berada dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga ibadah kita diberkati Allah SWT. InsyaAllah... Pada kesempatan kali ini saya ingin berkongsi satu maklumat yang harus diketahui oleh semua umat Islam. Jika kita amati betul-betul aturan yang Allah S.W.T. telah tetapkan kepada kita, indahnya dunia jika kita hidup berlandaskan aturan tersebut. Perkara yang saya kongsikan kali ini adalah nasihat dalam pergaulan seharian kepada semua umat Islam termasuklah diri saya sendiri. Mudah-mudahan bermanfaat kepada kita semua. Baca dan fahamilah isi kandungannya..   1. Menundukkan pandangan: ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firmanNya; “Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (An- Nur: 30) Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita yg beriman, ALLAH berfirman;   “Dan katakanlah kepada wa

Minum Air Suam Selepas Makan Dan Kaitannya Dengan Serangan Jantung...

Memandangkan kita berada dalam bulan Ramadhan, saya ingin berkongsi 1 tips pemakanan yang saya perolehi tidak lama dahulu. Tips ini sangat berguna untuk kita amalkan bukan sahaja pada bulan Ramadhan malah setiap hari. Fakta ini sangat berguna. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung!!! Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan. Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, i

Ahlan Wasahlan Syahru Ramadhan!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh! Alhamdulillah dah 2 minggu kita berada dalam bulan Ramadhan 1433H/2012 ini. InsyaAllah segala amalan kita pada bulan yang mulia ini diberkati Allah S.W.T. Jadi, untuk Ramadhan kali ini marilah kita sama-sama memeriahkan lagi karnival ibadah yang sedang berlangsung pada ketika ini. Antara butir-butir mengenai Karnival Ibadah adalah seperti berikut: Karnival Ibadah Masa : Sepanjang Ramadhan (24 jam) Tempat : Seluruh Dunia Yuran Penyertaan : Percuma Faedah Menyertai : Ganjaran Pahala Berlipat Ganda Bonus Program : Malam Lailatul Qadar (Malam Yang Lebih Baik Daripada 1000 Bulan) Oleh itu, marilah kita sama-sama mengimarahkan bulan yang penuh  rahmat ini agar kita sama-sama memperoleh kebaikan. InsyaAllah.. Disamping itu, saya ingin berkongsi 1001 Kisah Teladan yang kita boleh jadikan tauladan dalam hidup kita seharian. Download ebook 1001 Kisah Teladan tersebut di sini .