Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

Dakwah Adalah Pendorong Ke Arah Kebaikan..

Renung-renungkanlah... Entri kali ini aku ingin membawa kita semua berfikir tentang kewajipan menutup aurat. Biasanya Kaum Hawa yang selalu dikaitkan dengan masalah mendedahkan aurat. Jadi, kali ni aku mahu berkongsi jawapan kepada mereka yang belum terbuka hatinya untuk menutup aurat terutamanya Perempuan/Wanita. Artikel tersebut aku perolehi dari sini .. 1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh? ”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!” “Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku” Jawapan: Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah m