Langkau ke kandungan utama

Nasihat Yang Bermanfaat Untuk Umat Islam...



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Alhamdulillah kita masih berada dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga ibadah kita diberkati Allah SWT. InsyaAllah...
Pada kesempatan kali ini saya ingin berkongsi satu maklumat yang harus diketahui oleh semua umat Islam. Jika kita amati betul-betul aturan yang Allah S.W.T. telah tetapkan kepada kita, indahnya dunia jika kita hidup berlandaskan aturan tersebut. Perkara yang saya kongsikan kali ini adalah nasihat dalam pergaulan seharian kepada semua umat Islam termasuklah diri saya sendiri. Mudah-mudahan bermanfaat kepada kita semua.
Baca dan fahamilah isi kandungannya..

 1. Menundukkan pandangan:
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firmanNya;“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (An- Nur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita yg beriman, ALLAH berfirman; “Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (An-Nur: 31)
 
2. Menutup Aurat:
ALLAH berfirman, “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya.” (An-Nur: 31)
Juga FirmanNya; “Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (An-Nur: 59)

3. Adanya pembatasan antara lelaki dengan wanita:
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firmanNya; “Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab.” (Al-Ahzaab: 53)

4. Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan:
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya.” (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5. Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan):
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; “Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)
Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

6. Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis:
Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; “Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya.” (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)
Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang- orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (As-Sohihah 1/448)
Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)

Antara etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud) Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana FirmanNya; “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (Al-Isra: 32)

Semoga kita semua menjadi insan yang diredhai Allah S.W.T....
*Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat". Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Buat Survey Dapat Duit - GlobalTestMarket

Anda pernah dengar tentang GlobalTestMarket.com??? Ini adalah salah satu laman web survey yang boleh diercayai. Maksud dipercayai ialah mereka benar-benar memberi ganjaran atas usaha anda. Saya sendiri telah menikmati ganjaran hasil daripada melakukan survey di laman web tersebut. Untuk pengetahuan anda, untuk mendapat ganjaran dalam laman survey ini, anda mestilah mengumpul point minimum sebanyak 1000 point untuk ditebus kepada USD50. Setiap survey pula mempunya mata ganjaran berbeza-beza bergantung kepada panjang survey tersebut. Ada survey yang menawarkan mata ganjaran 20 mata, 30 mata, 60 mata, dan ada juga sehingga 200 hingga 300 mata ganjaran dalam 1 survey. Namun demikian, jika anda disaring keluar dalam mana-mana survey, anda akan tetap mendapat 5 mata ganjaran. Bagi anda yang selalu online haruslah jadikan aktiviti menjawab survey ini sebagai salah satu aktiviti anda semasa online kerana ia lebih memanfaatkan masa yang anda luangkan semasa online. Untuk sesiap...

Cara buat duit sambil nonton TV!

Pernah tak korang dengar orang boleh dapat income dengan hanya nonton TV sahaja? Kalau tak pernah, lepas habis baca artikel ni anda akan tahu. Ada satu program affiliate yang dinamakan Star Light TV yg mana apabila kita langgan siaran TV yg ada dalam 4000 lebih siaran, kita akan dibayar. Bagaimana caranya untuk kita dibayar? Kita perlu promosikan servis Star Light TV ini menggunakan referral link yang kita dapat selepas mendaftar di laman web Star Light TV. Dan yang seronoknya kita dibayar komisyen sebanyak 85% jika ada orang langgan melalui referral link kita. Berapa modal kita perlu keluarkan untuk sertai program affiliate Star Light TV ni? Kita hanya perlu keluarkan modal sebanyak RM50 sekali seumur hidup sahaja. Yuran ini termasuk dengan langganan siaran TV bulan pertama iaitu RM25 sebulan. Pada bulan berikutnya, terserah kepada kita sama ada ingin terus melanggan siaran TV atau tidak kerana ianya bebas kontrak. Akaun kita juga tiada tarikh luput (Tidak akan expired sam...

Rohingya

Dalam 2 3 hari ini banyak lalu kat wall pasal Rohingya. Baca komen-komen rakyat kita pasal Rohingya ni semuanya negatif. Rakyat kata bangsa Rohingya ni degil, pengotor, biadab, dan tidak mahu patuh dgn undang-undang tempat mereka tinggal. Dulu masa kes pembantaian etnik Rohingya di Rakhine, berpusu-pusu NGO tampil nak jadi hero tolong mereka. Tapi sekarang, rata-rata semua rakyat menolak etnik bermasalah ini disebabkan sikap mereka seperti "diberi betis, nak peha". Persoalannya, mengapa kerajaan Myanmar sendiri tidak mengiktiraf etnik Rohingya ini sebagai rakyat mereka? Hal ini disebabkan tanah asal etnik Rohingya ini adalah Bangladesh dan bukannya Myanmar. Selain itu, faktor lain yg menyebabkan etnik Rohingya tidak diterima di Myanmar kerana cara hidup bermasyarakat mereka. Mereka tinggal di Myanmar tetapi tidak mahu mematuhi undang-undang negara Myanmar. Lalu, negara mana di dunia ini yg mahu menerima rakyat yg tidak mahu mematuhi undang-undang? Sebab itu b...