Langkau ke kandungan utama

Tahap Ilmu Seseorang

Jika kita membicarakan soal ilmu, sudah pasti kita menyedari tentang luasnya ilmu itu. Walaupun kita belajar sepanjang hayat, kita tidak akan mampu memiliki kesemua ilmu yang terdapat di dunia ini. Oleh hal yang demikian, apakah yang membezakan ilmu seseorang itu dengan yang lain? Sudah pasti yang membezakan ilmu seseorang dengan orang lain adalah tahap ilmunya.

Pada pandangan saya, ada beberapa tahap yang menjadi pengukur tentang ilmu seseorang.

1) Bermasalah (Bad)
    - Tahap ilmu seperti ini adalah tahap di mana ilmunya di bawah kadar biasa iaitu boleh dikatakan sebagai tidak mempunyai pengetahuan asas dalam sesuatu perkara. Jika ditanyakan mengenai sesuatu, dia tidak tahu atau tidak pernah mengambil tahu. Dan, orang seperti ini selalunya mudah ditipu dan diperbodoh oleh orang lain.

2) Bagus (Good)
    - Bagi seseorang yang mempunyai tahap ilmu seperti ini, dia boleh dikatakan bagus kerana mempunyai pengetahuan asas tentang sesuatu perkara atau pengetahuannya sama tahap dengan kebanyakan orang. Pada tahap ini, jika orang lain membicarakan tentang sesuatu perkara, dia tahu akan perkara tersebut namun secara asas sahaja. Orang seperti ini akan aman daripada ditipu dan diperbodoh.

3) Sangat Bagus (Very Good)
    - Pada tahap ini, pemikiran seseorang itu sudah mulai berkembang tentang sesuatu perkara yang diketahuinya. Pengetahuan asas tentang sesuatu perkara yang diketahuinya akan dikaji dan dia berupaya mengemukakan pendapatnya sendiri tentang perkara tersebut. Pada tahap ini juga, seseorang itu tidak akan pernah puas untuk mencari ilmu kerana dia menyedari bahawa semakin ilmu itu digali, maka semakin terasa sedikit ilmu yang dimilikinya. Orang seperti ini hidupnya akan tenang ke mana sahaja dia pergi.

4) Terbaik (Excellent)
    - Pada pendapat saya, tahap ilmu yang terbaik adalah apabila seseorang itu dapat mencipta satu cabang ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh setiap orang. Pada tahap ini, ilmu yang sebelumnya tiada, telah lahir dari pemikiran seseorang dan dapat digunakan untuk kebaikan orang lain malah dapat dikembangkan lagi. Untuk mencapai tahap seperti ini bukanlah mudah kerana ia memerlukan tahap pemikiran yang kritis dan mempunyai pengetahuan yang cukup luas tentang sesuatu perkara. Orang yang mempunyai tahap ilmu seperti ini akan selalu dihormati dan disanjungi oleh orang lain.

Baiklah, cukup sekadar itu pandangan saya berkenaan tahap ilmu seseorang. Jika ada sebarang kesilapan dalam penerangan di atas, ia hanyalah disebabkan kekhilafan saya sendiri dan ia hanyalah pendapat peribadi sahaja.  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Buat Survey Dapat Duit - GlobalTestMarket

Anda pernah dengar tentang GlobalTestMarket.com??? Ini adalah salah satu laman web survey yang boleh diercayai. Maksud dipercayai ialah mereka benar-benar memberi ganjaran atas usaha anda. Saya sendiri telah menikmati ganjaran hasil daripada melakukan survey di laman web tersebut. Untuk pengetahuan anda, untuk mendapat ganjaran dalam laman survey ini, anda mestilah mengumpul point minimum sebanyak 1000 point untuk ditebus kepada USD50. Setiap survey pula mempunya mata ganjaran berbeza-beza bergantung kepada panjang survey tersebut. Ada survey yang menawarkan mata ganjaran 20 mata, 30 mata, 60 mata, dan ada juga sehingga 200 hingga 300 mata ganjaran dalam 1 survey. Namun demikian, jika anda disaring keluar dalam mana-mana survey, anda akan tetap mendapat 5 mata ganjaran. Bagi anda yang selalu online haruslah jadikan aktiviti menjawab survey ini sebagai salah satu aktiviti anda semasa online kerana ia lebih memanfaatkan masa yang anda luangkan semasa online. Untuk sesiap...

Cara buat duit sambil nonton TV!

Pernah tak korang dengar orang boleh dapat income dengan hanya nonton TV sahaja? Kalau tak pernah, lepas habis baca artikel ni anda akan tahu. Ada satu program affiliate yang dinamakan Star Light TV yg mana apabila kita langgan siaran TV yg ada dalam 4000 lebih siaran, kita akan dibayar. Bagaimana caranya untuk kita dibayar? Kita perlu promosikan servis Star Light TV ini menggunakan referral link yang kita dapat selepas mendaftar di laman web Star Light TV. Dan yang seronoknya kita dibayar komisyen sebanyak 85% jika ada orang langgan melalui referral link kita. Berapa modal kita perlu keluarkan untuk sertai program affiliate Star Light TV ni? Kita hanya perlu keluarkan modal sebanyak RM50 sekali seumur hidup sahaja. Yuran ini termasuk dengan langganan siaran TV bulan pertama iaitu RM25 sebulan. Pada bulan berikutnya, terserah kepada kita sama ada ingin terus melanggan siaran TV atau tidak kerana ianya bebas kontrak. Akaun kita juga tiada tarikh luput (Tidak akan expired sam...

Rohingya

Dalam 2 3 hari ini banyak lalu kat wall pasal Rohingya. Baca komen-komen rakyat kita pasal Rohingya ni semuanya negatif. Rakyat kata bangsa Rohingya ni degil, pengotor, biadab, dan tidak mahu patuh dgn undang-undang tempat mereka tinggal. Dulu masa kes pembantaian etnik Rohingya di Rakhine, berpusu-pusu NGO tampil nak jadi hero tolong mereka. Tapi sekarang, rata-rata semua rakyat menolak etnik bermasalah ini disebabkan sikap mereka seperti "diberi betis, nak peha". Persoalannya, mengapa kerajaan Myanmar sendiri tidak mengiktiraf etnik Rohingya ini sebagai rakyat mereka? Hal ini disebabkan tanah asal etnik Rohingya ini adalah Bangladesh dan bukannya Myanmar. Selain itu, faktor lain yg menyebabkan etnik Rohingya tidak diterima di Myanmar kerana cara hidup bermasyarakat mereka. Mereka tinggal di Myanmar tetapi tidak mahu mematuhi undang-undang negara Myanmar. Lalu, negara mana di dunia ini yg mahu menerima rakyat yg tidak mahu mematuhi undang-undang? Sebab itu b...