Langkau ke kandungan utama

Rohingya

Dalam 2 3 hari ini banyak lalu kat wall pasal Rohingya.

Baca komen-komen rakyat kita pasal Rohingya ni semuanya negatif. Rakyat kata bangsa Rohingya ni degil, pengotor, biadab, dan tidak mahu patuh dgn undang-undang tempat mereka tinggal.

Dulu masa kes pembantaian etnik Rohingya di Rakhine, berpusu-pusu NGO tampil nak jadi hero tolong mereka. Tapi sekarang, rata-rata semua rakyat menolak etnik bermasalah ini disebabkan sikap mereka seperti "diberi betis, nak peha".

Persoalannya, mengapa kerajaan Myanmar sendiri tidak mengiktiraf etnik Rohingya ini sebagai rakyat mereka? Hal ini disebabkan tanah asal etnik Rohingya ini adalah Bangladesh dan bukannya Myanmar. Selain itu, faktor lain yg menyebabkan etnik Rohingya tidak diterima di Myanmar kerana cara hidup bermasyarakat mereka. Mereka tinggal di Myanmar tetapi tidak mahu mematuhi undang-undang negara Myanmar. Lalu, negara mana di dunia ini yg mahu menerima rakyat yg tidak mahu mematuhi undang-undang? Sebab itu berlakunya "Ethnic Cleansing" di Rakhine.

Selain Rohingya, ada lagi bangsa lain yg beragama Islam di Myanmar dan mereka hidup dengan aman di sana. Sebenarnya masalah penghapusan etnik di Rakhine bukanlah berkaitan dengan pertelagahan agama antara Islam dan Buddha, tetapi secara tepatnya berkaitan dengan masalah etnik Rohingya yg tidak mahu berasimilasi dengan budaya dan undang-undang setempat.

Ada pula wakil etnik ini di Malaysia yg dengan lantang mengatakan mereka mahukan kerakyatan Malaysia. Dengan status mereka sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), mereka tiada hak langsung untuk menuntut kewarganegaraan. Lagipun Malaysia tidak pernah menandatangani ratifikasi utk menerima pelarian.

Apa yg akan terjadi jika Malaysia menandatangani ratifikasi pelarian? Malaysia wajib menerima pelarian dan kerajaan perlu menanggung keseluruhan kos kehidupan mereka termasuk makan minum dan sewa rumah. Dan apabila tempat asal mereka sudah kembali aman, mereka diberi pilihan sama ada utk kembali ke tempat asal mereka atau terus kekal di negara tempat mereka berlindung. Agak-agak etnik Rohingya ni mahu pulang semula ke Rakhine? Saya rasa tidak! Sbb mereka dah selesa di sini. Malah ada dalam kalangan mereka bekerja keras kumpul duit utk bawa ahli keluarga lain sama-sama tinggal di sini.

Jika sikap dan perangai mereka ini baik dan beradab, rakyat Malaysia tiada masalah utk menerima. Tetapi disebabkan kebiadaban mereka, rakyat Malaysia juga sudah bosan dengan perangai "naik lemak" mereka yg seperti tidak bersyukur diberi perlindungan.

Jadi, sebagai kesimpulan, kerajaan Malaysia tiada keperluan untuk menerima etnik Rohingya di bumi Malaysia ini kerana sebahagian rakyat sudah mengenali sikap sebenar mereka ini apabila mereka masuk ke dalam masyarakat. Janganlah kita jadi seperti "Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan" kerana ramai lagi rakyat kita sendiri yg perlu dibantu daripada kita membantu etnik PATI Rohingya yg bermasalah ini. Mereka semua harus dihantar pulang ke tanah asal mereka.

Kedaulatan dan keharmonian negara tercinta ini harus dipertahankan!

#SayangiMalaysia #CintaiRukunNegara #rohingya

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara buat duit sambil nonton TV!

Pernah tak korang dengar orang boleh dapat income dengan hanya nonton TV sahaja? Kalau tak pernah, lepas habis baca artikel ni anda akan tahu. Ada satu program affiliate yang dinamakan Star Light TV yg mana apabila kita langgan siaran TV yg ada dalam 4000 lebih siaran, kita akan dibayar. Bagaimana caranya untuk kita dibayar? Kita perlu promosikan servis Star Light TV ini menggunakan referral link yang kita dapat selepas mendaftar di laman web Star Light TV. Dan yang seronoknya kita dibayar komisyen sebanyak 85% jika ada orang langgan melalui referral link kita. Berapa modal kita perlu keluarkan untuk sertai program affiliate Star Light TV ni? Kita hanya perlu keluarkan modal sebanyak RM50 sekali seumur hidup sahaja. Yuran ini termasuk dengan langganan siaran TV bulan pertama iaitu RM25 sebulan. Pada bulan berikutnya, terserah kepada kita sama ada ingin terus melanggan siaran TV atau tidak kerana ianya bebas kontrak. Akaun kita juga tiada tarikh luput (Tidak akan expired sam

Dear God (A7X) Covered by D'Retorik

Post kali ni adalh brkenaan dgn lagu yg ktorg cover iaitu Dear God yg band asalnya ialah Avenged Sevenfold...D'Retorik band ktorg yg br je tubuh n ktorg sj2 try cover 1 lg ni...band ktorg ni trdiri drpn 5 org anak muda iaitu Rassul - vokalis, Marol - lead guitar, Aras Andy - rhythm guitar, Naim - Bass, Man Kecik - drum...sbnrnya kami nk cover byk lagu tp cukup la 1 lagu ni lu coz mklum la ktorg ni bdk baru blaja...so ni dia hasil rakaman yg ktorg buat: A lonely road, crossed another cold state line Miles away from those I love Hope is hard to find While I recall all the words you spoke to me Can't help but wish that I was there And where I'd love to be, oh yeah Dear God the only thing I ask of you Is to hold her when I'm not around When I'm much too far away We all need that person who can be true to you But I left her when I found her And now I wish I'd stayed 'Cause I'm lonely and I'm tired I'm missing you again, oh no Once again There's no

Cari Duit Online

Assalamualaikum dan selamat sejahtera! Pernah tak anda teringin nak dapat duit dari internet? Saya yakin anda pasti pernah terfikir utk mendapatkan duit dari internet. Sebenarnya nak dpt duit dari internet ni bukanlah terlalu susah cuma memerlukan usaha dan kerajinan shj. Ok, di sini saya nak kongsikan satu laman web yang anda boleh buat 'part-time' utk menjana pendapatan melalui internet. 1. Globaltestmarket - Ini adalah laman web survey. Anda perlu mendaftar dan menjawab survey yang dihantar ke email anda. Setiap survey menawarkan jumlah mata ganjaran yang berbeza, cth: 30, 50, 60, 100, 200. Jika anda disaring keluar daripada mana2 survey, anda tetap akan dapat 5 mata ganjaran. Anda akan mendapat USD50 utk setiap 1000 mata ganjaran. (Saya dah pernah dpt cek USD50 dan tukar ke Ringgit menjadi RM163.00 lebih kurang). Tak rugi anda buat saja2 sambil online. Kalau nak daftar, anda boleh pergi ke laman web tersebut dengan mengklik di sini -----> globaltestmarket.com Manar