Langkau ke kandungan utama

Hari Raya Aidiladha @ Raya Haji @ Raya Qurban...

Kita mesti mengenali insan di atas ini bukan? Saban tahun apabila menjelangnya Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, beliaulah yang akan mengumumkan tarikh hari raya tersebut. Beliau adalah Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Saya pasti, semua umat Islam akan tertunggu-tunggu kemunculan beliau di kaca televisyen untuk mengetahui tarikh hari raya. Jikalau Hari Raya Aidilfitri, pastinya kanak-kanak yang teruja untuk mengetahui tarikh hari raya tersebut. Mereka akan duduk di depan televisyen untuk menanti saat-saat pengumuman hari raya. Jikalau hari raya pada keesokan harinya, pasti riuh-rendah suasana rumah dan kita akan mendengar sorakan dan teriakan yang menunjukkan kegembiraan untuk menyambut hari raya. Yang pasti, kita pasti mendengar "Yeay! esok hari raya".

Perkara utama yang ingin diceritakan di sini ialah tentang Hari Raya Qurban kerana dalam beberapa hari lagi kita akan menyambutnya. Sehubungan dengan itu, pada bulan ini (Zulhijjah) dalam kalendar Islam, saudara-saudara kita yang lain sedang sibuk menunaikan rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan Haji. Semoga mereka mendapat Haji yang Mabrur, INSYAALLAH. Seperti sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

"Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu" (Hadis riwayat Tirmidzi)


Oleh itu, menyembelih binatang pada Hari Raya Qurban adalah harus kita lakukan kerana Nabi S.A.W. sendiri menyatakan yang menyembelih korban itu hukumnya sunat untuk kita lakukan. Korban juga menandakan tanda kesyukuran kita kepada Allah S.W.T. terhadap rezeki-rezeki yang Allah S.W.T. kurniakan kepada kita. Namun demikian, kita juga mestilah ikhlas melaksanakan korban pada Aidiladha kerana amalan yang mulia mestilah disertakan dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T.

Ok la, sampai di sini sahaja untuk kali ini. Nanti ada pulak orang kata aku membebel macam Ustaz. Kepada semua umat Islam di mana sahaja, aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha dan Selamat Menyembelih Korban!!!





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Buat Survey Dapat Duit - GlobalTestMarket

Anda pernah dengar tentang GlobalTestMarket.com??? Ini adalah salah satu laman web survey yang boleh diercayai. Maksud dipercayai ialah mereka benar-benar memberi ganjaran atas usaha anda. Saya sendiri telah menikmati ganjaran hasil daripada melakukan survey di laman web tersebut. Untuk pengetahuan anda, untuk mendapat ganjaran dalam laman survey ini, anda mestilah mengumpul point minimum sebanyak 1000 point untuk ditebus kepada USD50. Setiap survey pula mempunya mata ganjaran berbeza-beza bergantung kepada panjang survey tersebut. Ada survey yang menawarkan mata ganjaran 20 mata, 30 mata, 60 mata, dan ada juga sehingga 200 hingga 300 mata ganjaran dalam 1 survey. Namun demikian, jika anda disaring keluar dalam mana-mana survey, anda akan tetap mendapat 5 mata ganjaran. Bagi anda yang selalu online haruslah jadikan aktiviti menjawab survey ini sebagai salah satu aktiviti anda semasa online kerana ia lebih memanfaatkan masa yang anda luangkan semasa online. Untuk sesiap...

Cara buat duit sambil nonton TV!

Pernah tak korang dengar orang boleh dapat income dengan hanya nonton TV sahaja? Kalau tak pernah, lepas habis baca artikel ni anda akan tahu. Ada satu program affiliate yang dinamakan Star Light TV yg mana apabila kita langgan siaran TV yg ada dalam 4000 lebih siaran, kita akan dibayar. Bagaimana caranya untuk kita dibayar? Kita perlu promosikan servis Star Light TV ini menggunakan referral link yang kita dapat selepas mendaftar di laman web Star Light TV. Dan yang seronoknya kita dibayar komisyen sebanyak 85% jika ada orang langgan melalui referral link kita. Berapa modal kita perlu keluarkan untuk sertai program affiliate Star Light TV ni? Kita hanya perlu keluarkan modal sebanyak RM50 sekali seumur hidup sahaja. Yuran ini termasuk dengan langganan siaran TV bulan pertama iaitu RM25 sebulan. Pada bulan berikutnya, terserah kepada kita sama ada ingin terus melanggan siaran TV atau tidak kerana ianya bebas kontrak. Akaun kita juga tiada tarikh luput (Tidak akan expired sam...

Rohingya

Dalam 2 3 hari ini banyak lalu kat wall pasal Rohingya. Baca komen-komen rakyat kita pasal Rohingya ni semuanya negatif. Rakyat kata bangsa Rohingya ni degil, pengotor, biadab, dan tidak mahu patuh dgn undang-undang tempat mereka tinggal. Dulu masa kes pembantaian etnik Rohingya di Rakhine, berpusu-pusu NGO tampil nak jadi hero tolong mereka. Tapi sekarang, rata-rata semua rakyat menolak etnik bermasalah ini disebabkan sikap mereka seperti "diberi betis, nak peha". Persoalannya, mengapa kerajaan Myanmar sendiri tidak mengiktiraf etnik Rohingya ini sebagai rakyat mereka? Hal ini disebabkan tanah asal etnik Rohingya ini adalah Bangladesh dan bukannya Myanmar. Selain itu, faktor lain yg menyebabkan etnik Rohingya tidak diterima di Myanmar kerana cara hidup bermasyarakat mereka. Mereka tinggal di Myanmar tetapi tidak mahu mematuhi undang-undang negara Myanmar. Lalu, negara mana di dunia ini yg mahu menerima rakyat yg tidak mahu mematuhi undang-undang? Sebab itu b...