Kali ni aku nk kongsi beberapa tips utk mewujudkan komunikasi yg baik antara kedua-dua belah pihak..Sebenarnya tips ni aku dpt dari satu laman web (dah lupa apa dia laman web tu)..Jadi, bacalah utk tmbh ilmu..
Kaedah pertama: "Sahkan kewujudan seseorang." Berkomunikasi dengan cara memberikan perhatian kepada orang yang menjadi teman komunikasi kita. Antara perhatian yang paling bersar ialah memandang dan berhadapan dengannya apabila berkomunikasi. Seseorang manusia secara fitrahnya mahu dia tidak disisihkan oleh orang lain. Jadi sekiranya kita tidak acuh pada teman komunikasi mungkin akan menyebabkan dia beranggapan kita telah menyisihkan dia. Rasulullah sendiri diajar supaya tidak menyisihkan manusia di dalam penyampaian dakwahnya. Meskipun orang itu hanyalah seorang hamba berkulit hitam.
Kaedah kedua: "Menyebut untuk menyatakan penghargaan." Sekiranya ada orang yang menanam budi kepada kita, haruslah kita menyebut kebaikan dia kepada dirinya supaya dia merasa budinya atau usahanya dihargai. Ini penting bagi para kepimpinan. Pekerja bawahan akan merasa dihargai apabila kerjanya dipuji oleh ketuanya.
Kaedah ketiga: "Bahasa." Penggunaan bahasa yang bersesuaian adalah amat penting supaya sesuatu komunikasi itu dapat berlaku dengan berkesan. Adalah amat rugi apabila bahasa yang indah tidak digunakan di dalam komunikasi setiap hari. Seseorang yang sedang hangat bercinta sewaktu menulis surat cintanya berusaha dengan bersungguh-sungguh sehingga sanggup mengoyak surat yang tidak sesuai, mencari kalimah-kalimah yang paling terbaik, dan merujuk buku-buku dan kamus untuk memastikan suratnya menjadi wasilah komunikasinya yang paling berkesan. Mengapa kita tidak mengaplikasikan senario tersebut di dalam perhubungan harian kita? Adakah kerana kita malu dengan suasana? Yang pastinya jika kita terlalu egois untuk merendah diri, memuji orang lain sekali-sekala, menghormati, menunjuk sayang... kita sebenarnya memilih untuk tidak didekati oleh sesiapa pun.
Gunalah bahasa yang terbaik di dalam komunikasi. Seimbangkan di antara bahasa yang formal dan unformal. Melihat kepada situasi amat penting supaya mampu menilai siapa teman komunikasi kita. Apabila sudah mengenali mudahlah untuk menjalin komunikasi.
Bagaimana bahasa yang digunakan untuk komunikasi dengan keluarga? dengan kawan-kawan? teman istimewa? ketua? perkerja bawahan? Tentunya perbezaan ini menjadikan kita menganalisa komunikasi yang pernah kita lakukan sebelum ini.
Kaedah keempat: "Meyakinkan orang lain terhadap diri kita." Untuk meyakinkan orang lain terhadap diri kita memerlukan teknik yang dipelbagaikan. Kaedah ini amat penting bagi seseorang kepimpinan. Pun begitu tidaklah bermakna sekiranya anda bukan seorang kepimpinan kaedah ini tidak penting. Untuk meyakinkan orang lain terhadap diri kita perlulah kita membentuk diri menjadi modus operandi alias suri tauladan sehingga orang mengkagumi dan yakin pada diri kita. Pembentukan akhlak, perangai dan sikap adalah amat penting. Seseorang yang berakhlak baik sebenarnya mempunyai peluang diyakini oleh orang lain.
Kaedah kelima: "Meluangkan masa untuk orang lain." Jangan menolak pelawaan orang lain meskipun dia hanyalah orang bawahan anda. Sekiranya dijemput menghadiri sesuatu majlis di dalam keadaan anda juga tiada kelapangan untuk menghadiri kerana diundang ke majlis lain yang lebih awal, jangan terus menolak. Terimalah dengan berkata: Saya akan berusaha untuk hadir. Atau meolak dengan meminta maaf dan menyatakan sebab adalah lebih baik dari terus membiarkan penjemput tertunggu-tunggu anda hadir. Sekiranya anda sudah berkeluarga, luangkanlah masa untuk aktiviti keluarga supaya anda mampu menjalin hubungan kasih dan sayang sesama ahli keluarga anda. Sekiranya ada seorang kawan anda yang memerlukan pertolongan anda luangkanlah masa untuk membantunya kerana ia akan menambahkan kepercayaan dan keakrabannya terhadap anda. Bayangkan jika anda menjauh dan menolak, apakah yang dia rasa saat itu? Selain kecewa dan marah! Apakah anda tidak merasa bersalah?
Kaedah keenam: "Menghargai orang lain." Banyak cara untuk menghargai orang lain. Di antaranya dengan memberikan hadiah hari lahir, memberikan kad ucapan, membalas pemberian, mengucapkan tahniah dan memuji kejayaan, belanja makan siang/malam, mengundang ke majlis yang anda anjurkan, menunaikan janji dan sebaginya. Dengan menghargai orang lain anda telah menanam kasih sayang dia terhadap anda. Kepercayaan dia terhadap anda terbina sedikit demi sedikit. Begitu juga dengan memulakan majlis/mesyuarat tepat pada masa yang dijanjikan sebagai menghargai orang yang dapat awal bukan memberi peluang untuk orang datang lewat ditunggu sehingga majlis menghargai kedatangan mereka yang lewat itu.
Bagaimanapun apa yang saya tulis di sini bukanlah mencakupi keseluruhan teknik atau kaedah komunikasi yang saya percaya masih banyak. Sekiranya kita mampu membentuk 6 kaedah tersebut sekurang-kurangnya komunikasi kita akan lebih baik berbanding sekiranya mengabaikan.
Adakalanya kita tidak mampu menggunakan kesemua apa yang dimiliki untuk berkomunikasi akan tetapi walaupun kadangkala kita hanya menggunakan satu atau dua aspek sahaja seperti hanya mampu berkomunikasi secara bukan lisan atau penulisan semata-mata kita masih punya peluang untuk berkomunikasi secara berkesan. Bagaimana orang bisu boleh memahami di antara satu dengan lain? Bagaimana ibu menanamkan kasih sayang terhadap anaknya yang masih tidak boleh berkata-kata? Bagaimana seorang penjaga kucing mampu menjinakkan kucingnya? Semua ini adalah komunikasi yang kurang dari sudut penggunaan aspek tetapi masih boleh berkesan.
Selain bertutur, komunikasi juga boleh dilakukan dengan melihat kepada aspek lain seperti sentuhan (berjabat tangan), air muka, isyarat dan persekitaran. Dengan memerhatikan aspek-aspek lain seperti yang saya nyatakan itu anda juga mampu berkomunikasi dengan berkesan.
Untuk mewujudkan kasih sayang perlu banyak sentuhan. Berjabat tangan, memeluk, dan mencium akan mudah menimbulkan mesra. Tetapi perlulah digunakan di tempat yang sesuai. Seorang ibu lebih banyak membelai dan menyentuh anaknya menyebabkan jalinan kasih di antara si anak dan ibu lebih akrab berbanding anak dengan ayahnya, kecuali sekiranya si ibu tidak melakukan aspek sentuhan tersebut... jalinan kasih itu akan berpindah.
Orang bisu yang menggunakan bahasa isyarat dan riak wajah mampu menyelami maksud yang disampaikan meskipun komunikasi mereka kekurangan dari aspek pertuturan. Ini kerana mereka memberikan tumpuan pada gerak badan, kedudukan, riak wajah, mata, posisi tubuh, jarak dan sebaginya yang selalunya diabaikan oleh orang yang boleh bertutur.
Justeru adalah amat berharga jika kita yang diberikan pancaindera yang cukup memanipulasikan anugerah Allah itu dengan sebaik-baiknya. Ucaplah syukur dan berdoalah kepada Tuhan kerana dengan mengucap syukur kita dan menggunakan anugerah di tempat yang baik kita akan mendapat kebaikan dan keberkatan di sisi Allah SWT.
Jd, itulah serba sedikit teknik2 berkomunikasi yg berkesan...harap2 berguna la utk kita semua ;)
Kaspersky Antivirus 2012 1 User 1 Year = RM15!
Kaspersky Antivirus 2012 1 User 1 Year = RM15!
Ulasan
Catat Ulasan