Langkau ke kandungan utama

Face Mask, Hand Glove, dan Hand Sanitizer

1) Face Mask
Face mask ataupun topeng hidung dan mulut adalah satu keperluan pada waktu ini disebabkan pandemik Covid-19.

Face mask biasanya ada 2 jenis iaitu Surgical Mask dan N95. Tapi yang mudah diperolehi ialah surgical mask sbb lebih murah dan banyak dijual di pasaran.

Face Mask biasanya berwarna biru dan putih. Bahagian berwarna biru dipakai di luar dan bahagian putih dipakai di bahagian dalam. Ada 3 jenis face mask iaitu Ear Loop, Head Loop, dan Head Tie. Kaedah pemakaiannya adalah dengan menutup sepenuhnya bahagian hidung dan mulut. Face mask boleh digunakan sekali sahaja atau istilah Inggerisnya "Single Use". Selepas digunakan, face mask hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yg tertutup. Sebaiknya dibuang ke dalam tong "Clinical Waste" yg berwarna kuning.

Anda perlu membasuh tangan (sanitasi) sebelum dan selepas memakai face mask untuk menjaga kebersihan tangan dan face mask.

2) Glove
Glove yg ada di pasaran kebanyakannya jenis nitril dan latex. Yang biasa digunakan di hospital adalah yg jenis latex.

Glove juga ada dua keadaan iaitu Sterile dan Non Sterile. Glove juga mempunyai pelbagai saiz dan saiz paling kecil adalah XS.

Kaedah penggunaan glove adalah dengan menutup keseluruhan 10 jari tangan sehingga melebihi pergelangan tangan. Tidak digalakkan memakai barangan kemas atau aksesori seperti jam tangan semasa memakai glove.

Selepas menggunakan glove sebaiknya ratakan hand sanitizer pada glove sebelum membuangnya. Hal ini bertujuan utk membasmi kuman yg terdapat pada permukaan glove selepas digunakan. Selepas itu barulah glove dibuang ke dalam tong sampah yang tertutup.

Basuh tangan sebelum dan selepas menggunakan glove sama ada menggunakan sabun atau hand sanitizer. Digalakkan membawa hand sanitizer semasa berada di luar rumah utk memudahkan proses sanitasi tangan. Jika menggunakan glove di rumah, digalakkan utk membasuh tangan dengan sabun kerana lebih efektif dan dapat menjimatkan penggunaan hand sanitizer.

Penggunaan glove yg betul adalah sangat penting kerana ia akan memberi kesan positif terhadap persekitaran dan boleh mencegah penularan virus seperti Covid-19.

3) Hand Sanitizer
Hand sanitizer terdapat 2 jenis di pasaran iaitu yang mengandungi Alkohol (Alcohol) dan yang tidak mengandungi Alkohol (Non-Alcohol/Organic).

Penggunaan sanitizer adalah serupa dgn kaedah 7 langkah mencuci tangan.

Digalakkan menggunakan hand sanitizer yg bebas alkohol kerana lebih selamat dan bebas bahan kimia.

Penggunaan hand sanitizer yg mengandungi alkohol dalam jangkamasa panjang akan memberi kesan negatif kepada kulit.

Pastikan hand sanitizer yg digunakan mendapat kelulusan KKM. Cara mengenalpasti hand sanitizer yg mendapat KKM ialah dengan melihat nombor pendaftaran KKM pada botol yg mempunyai kod 'NOT'.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara buat duit sambil nonton TV!

Pernah tak korang dengar orang boleh dapat income dengan hanya nonton TV sahaja? Kalau tak pernah, lepas habis baca artikel ni anda akan tahu. Ada satu program affiliate yang dinamakan Star Light TV yg mana apabila kita langgan siaran TV yg ada dalam 4000 lebih siaran, kita akan dibayar. Bagaimana caranya untuk kita dibayar? Kita perlu promosikan servis Star Light TV ini menggunakan referral link yang kita dapat selepas mendaftar di laman web Star Light TV. Dan yang seronoknya kita dibayar komisyen sebanyak 85% jika ada orang langgan melalui referral link kita. Berapa modal kita perlu keluarkan untuk sertai program affiliate Star Light TV ni? Kita hanya perlu keluarkan modal sebanyak RM50 sekali seumur hidup sahaja. Yuran ini termasuk dengan langganan siaran TV bulan pertama iaitu RM25 sebulan. Pada bulan berikutnya, terserah kepada kita sama ada ingin terus melanggan siaran TV atau tidak kerana ianya bebas kontrak. Akaun kita juga tiada tarikh luput (Tidak akan expired sam

Dear God (A7X) Covered by D'Retorik

Post kali ni adalh brkenaan dgn lagu yg ktorg cover iaitu Dear God yg band asalnya ialah Avenged Sevenfold...D'Retorik band ktorg yg br je tubuh n ktorg sj2 try cover 1 lg ni...band ktorg ni trdiri drpn 5 org anak muda iaitu Rassul - vokalis, Marol - lead guitar, Aras Andy - rhythm guitar, Naim - Bass, Man Kecik - drum...sbnrnya kami nk cover byk lagu tp cukup la 1 lagu ni lu coz mklum la ktorg ni bdk baru blaja...so ni dia hasil rakaman yg ktorg buat: A lonely road, crossed another cold state line Miles away from those I love Hope is hard to find While I recall all the words you spoke to me Can't help but wish that I was there And where I'd love to be, oh yeah Dear God the only thing I ask of you Is to hold her when I'm not around When I'm much too far away We all need that person who can be true to you But I left her when I found her And now I wish I'd stayed 'Cause I'm lonely and I'm tired I'm missing you again, oh no Once again There's no

Bahasa Melayu@Bahasa Malaysia...

Memandangkan aku tak tau nk post pe kali ni,jadi,aku akan sembang berkenaan bahasa rasmi Malaysia iaitu Bahasa Malaysia ataupun dahulu dikenali sebagai Bahasa Melayu..Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menguasai dengan baik bahasa kita ini...tengok,bahasa aku pun dah jadi skema...maklum lah aku ni cukup peka terhadap BM..lebih-lebih lagi bahagian tatabahasa...masa aku mohon untuk UPU dulu pun pilihan pertama aku adalah Pengajian Melayu (UM) tapi tak dapat..huhuhu Kalau aku baca akhbar ataupun majalah,aku tengok ada kesalahan pada ayatnya dari segi imbuhan,penggunaan kata sendi,ataupun olahan ayat itu sendiri...dari segi imbuhan,aku beri contoh imbuhan "mem-per" dan kata dasarnya ialah "dalam"... contoh ayat ialah "kerja-kerja memperdalam sungai itu dilakukan oleh pihak JKR"...kesilapan yang selalu dilakukan oleh orang ramai apabila menggunakan imbuhan "mem-per" itu ialah,mereka menambah imbuhan "kan"di belakang perkataan "me