Langkau ke kandungan utama

"Gastrik, GERD, dan Pemakanan"

Dulu masa tinggal di KL tahun 2017, aku mengalami gastrik dan GERD yg amat teruk. Puncanya? Aku tak jaga makan dan kurang makan. Tinggal di Kampung Baru dan kerja di Subang Jaya. Pergi kerja naik LRT dari Kampung Baru ke Taipan. Nak sampai ke tempat kerja kena lalui 19 stesen sebelum sampai ke Taipan dan mengambil masa lebih kurang sejam.

Setiap hari aku kena naik LRT sebelum pukul 7 pagi utk dapatkan harga tren diskaun 50%. Sarapan pagi pun hanya beli roti gardenia RM0.90 dan air kotak utk alas perut. Itu sahaja la makanan dan minuman yg aku ambil sehingga pukul 12 tghari. Sampai je tempat kerja terus buat kerja. Bermula dari situ lah aku "berkawan rapat" dengan gastrik.

Sejak tinggal di KL boleh kata tiap minggu aku pergi klinik utk ambil ubat gastrik. Ranitidine dan Magnesium Trisilicate jadi sahabat rapat aku masa tu. Setiap hari kena telan ubat-ubat tu. Ada sampai satu tahap doktor nak buat Endoscopy nak masukkan kamera dlm perut sbb doktor kata gastrik aku teruk sangat.

Berpunca dari gastrik tu juga aku mengalami GERD. GERD atau nama pnjg dia Gastroesophageal Reflux Disease, buatkan aku selalu rasa insecure, selalu rasa berdebar2, dan yg paling teruk rasa macam nak mati. Rasa tidak selamat bila berseorangan, tekanan darah selalu tinggi, perasaan tidak tenteram. Bayangkan la umur baru 29 tahun masa tu tapi tekanan darah tak pernah bawah 130/90.

Selepas beberapa bulan tinggal di KL, aku terpaksa berhenti kerja sbb isteri aku dapat tukar mengajar di Bachok, Kelantan. Lepas pindah Kelantan, aku masih lagi mengalami gastrik yg teruk. Kadang2 bangun tengah malam muntah2 dan rasa berdebar2 setiap malam sampai susah nak tidur. Dalam setahun juga lepas pindah Kelantan baru aku beransur pulih dari gastrik.

Sebelum tu mcm2 aku dah usaha utk atasi gastrik dan GERD. Akhirnya, Alhamdulillah sekarang aku rasa much more better daripada sebelumnya. Ianya hasil daripada perubahan gaya pemakanan dan pengambilan makanan sunnah seperti madu, habbatus sauda, minyak zaitun, dan cuka teen.

Tahun 2018 lebih kurang pada bulan Oktober, aku mula mengambil minyak zaitun sebagai suplimen harian. Setiap pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur malam aku akan ambil 1 atau 2 sudu minyak zaitun. Kesannya, dalam masa beberapa bulan, gastrik dah mulai berkurang dan GERD dah makin hilang.

Dan sampai sekarang aku masih mengamalkan minum minyak zaitun 2 kali sehari. Kesannya terhadap tubuh mmg menakjubkan. Sekarang aku dah jarang makan ubat kimia. Aku cuma konsisten dengan pengambilan makanan organik.

Jadi, nasihat aku kepada org2 yg ada gastrik dan GERD, cuba amalkan pemakanan organik. Amalkan pengambilan minyak zaitun asli setiap hari (Aku ambil jenama Olive House - Olivie 30x), jaga waktu makan, makan sedikit tetapi kerap, minum air kosong secukupnya (mengikut kiraan 1 liter utk setiap 25kg berat badan), rajin bersenam, dan belajar utk tenangkan diri.

Cuba kaji cara pemakanan Rasulullah S.A.W. Baginda tidak pernah sakit perut sepanjang hayat kerana Baginda sangat menjaga pemakanan. Dan jangan tak tahu yang Baginda sangat suka makan daging kambing dan makanan yang manis. Cumanya, baginda tidak makan berlebihan.

Akhir sekali, aku akhiri dengan satu kata2 daripada Hippocrates yg aku rasa kalau kita amalkan in shaa Allah kita akan terhindar dari penyakit yg disebabkan oleh pemakanan. Kata2 beliau adalah "Let food be thy medicine" atau maksudnya "Biar makanan menjadi ubat anda". Jadi, makanlah makanan yg menjauhkan kita daripada ubat kerana kesihatan itu mahal harganya.

Assalamualaikum.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara buat duit sambil nonton TV!

Pernah tak korang dengar orang boleh dapat income dengan hanya nonton TV sahaja? Kalau tak pernah, lepas habis baca artikel ni anda akan tahu. Ada satu program affiliate yang dinamakan Star Light TV yg mana apabila kita langgan siaran TV yg ada dalam 4000 lebih siaran, kita akan dibayar. Bagaimana caranya untuk kita dibayar? Kita perlu promosikan servis Star Light TV ini menggunakan referral link yang kita dapat selepas mendaftar di laman web Star Light TV. Dan yang seronoknya kita dibayar komisyen sebanyak 85% jika ada orang langgan melalui referral link kita. Berapa modal kita perlu keluarkan untuk sertai program affiliate Star Light TV ni? Kita hanya perlu keluarkan modal sebanyak RM50 sekali seumur hidup sahaja. Yuran ini termasuk dengan langganan siaran TV bulan pertama iaitu RM25 sebulan. Pada bulan berikutnya, terserah kepada kita sama ada ingin terus melanggan siaran TV atau tidak kerana ianya bebas kontrak. Akaun kita juga tiada tarikh luput (Tidak akan expired sam

Dear God (A7X) Covered by D'Retorik

Post kali ni adalh brkenaan dgn lagu yg ktorg cover iaitu Dear God yg band asalnya ialah Avenged Sevenfold...D'Retorik band ktorg yg br je tubuh n ktorg sj2 try cover 1 lg ni...band ktorg ni trdiri drpn 5 org anak muda iaitu Rassul - vokalis, Marol - lead guitar, Aras Andy - rhythm guitar, Naim - Bass, Man Kecik - drum...sbnrnya kami nk cover byk lagu tp cukup la 1 lagu ni lu coz mklum la ktorg ni bdk baru blaja...so ni dia hasil rakaman yg ktorg buat: A lonely road, crossed another cold state line Miles away from those I love Hope is hard to find While I recall all the words you spoke to me Can't help but wish that I was there And where I'd love to be, oh yeah Dear God the only thing I ask of you Is to hold her when I'm not around When I'm much too far away We all need that person who can be true to you But I left her when I found her And now I wish I'd stayed 'Cause I'm lonely and I'm tired I'm missing you again, oh no Once again There's no

Bahasa Melayu@Bahasa Malaysia...

Memandangkan aku tak tau nk post pe kali ni,jadi,aku akan sembang berkenaan bahasa rasmi Malaysia iaitu Bahasa Malaysia ataupun dahulu dikenali sebagai Bahasa Melayu..Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menguasai dengan baik bahasa kita ini...tengok,bahasa aku pun dah jadi skema...maklum lah aku ni cukup peka terhadap BM..lebih-lebih lagi bahagian tatabahasa...masa aku mohon untuk UPU dulu pun pilihan pertama aku adalah Pengajian Melayu (UM) tapi tak dapat..huhuhu Kalau aku baca akhbar ataupun majalah,aku tengok ada kesalahan pada ayatnya dari segi imbuhan,penggunaan kata sendi,ataupun olahan ayat itu sendiri...dari segi imbuhan,aku beri contoh imbuhan "mem-per" dan kata dasarnya ialah "dalam"... contoh ayat ialah "kerja-kerja memperdalam sungai itu dilakukan oleh pihak JKR"...kesilapan yang selalu dilakukan oleh orang ramai apabila menggunakan imbuhan "mem-per" itu ialah,mereka menambah imbuhan "kan"di belakang perkataan "me