Langkau ke kandungan utama

"Selfish"

Nak tau tak cerita ttg orang "Selfish" atau org Melayu kata "Jual Ikan".

Sekarang kan musim Covid-19. Aku pulak kerja dalam bidang dialisis yg boleh kita kata sebagai "frontliner" jugak walaupun aku kerja dalam pejabat.

Nak dijadikan cerita, doktor PIC (Person In Charge) pusat dialisis kami suspek Covid-19 disebabkan salah seorang pesakit yg pernah beliau rawati positif Covid-19. Dan aku pun terkena tempias sekali sbb PIC tu pernah dtg pusat dialisis kami lepas beliau berjumpa dgn pesakit yg positif Covid-19 tu.

Kronologinya begini:

20 Mac - Doktor PIC merawat seorang pesakit di kliniknya. Doktor tanya pesakit tersebut samada ada pergi ke Perhimpunan Tabligh di Petaling Jaya atau tidak. Pesakit jawab "tidak".

28 Mac - Doktor datang ke pusat dialisis kami utk buat monthly visit. Doktor direct contact dgn nurse dan para pesakit.

30 Mac - Aku datang ke pusat dialisis utk buat kerja yg tertangguh. Ada direct contact antara aku dan nurse.

4 April - Doktor dapat panggilan daripada hospital bahawa pesakit yg pernah beliau rawat positif Covid-19. Doktor pergi ambil sampel tekak dan darah kemudian kuarantin diri dan ahli keluarga di rumah selama 14 hari. Staf klinik doktor, staf dan pesakit pusat dialisis, dan ahli keluarga doktor semua risau.

6 April - Keputusan ujian Covid-19 doktor keluar dan keputusannya negatif. Alhamdulillah.

Kesimpulannya, masih ada orang yang pentingkan diri sendiri ketika semua orang berusaha utk membendung penularan Covid-19 ini.

Pengajaran yg boleh kita ambil adalah, berkata jujur walaupun pahit dan jangan memilih utk memudaratkan org lain sedangkan kita mempunyai pilihan utk menyelamatkan org lain. Sekian.

Assalamualaikum.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Buat Survey Dapat Duit - GlobalTestMarket

Anda pernah dengar tentang GlobalTestMarket.com??? Ini adalah salah satu laman web survey yang boleh diercayai. Maksud dipercayai ialah mereka benar-benar memberi ganjaran atas usaha anda. Saya sendiri telah menikmati ganjaran hasil daripada melakukan survey di laman web tersebut. Untuk pengetahuan anda, untuk mendapat ganjaran dalam laman survey ini, anda mestilah mengumpul point minimum sebanyak 1000 point untuk ditebus kepada USD50. Setiap survey pula mempunya mata ganjaran berbeza-beza bergantung kepada panjang survey tersebut. Ada survey yang menawarkan mata ganjaran 20 mata, 30 mata, 60 mata, dan ada juga sehingga 200 hingga 300 mata ganjaran dalam 1 survey. Namun demikian, jika anda disaring keluar dalam mana-mana survey, anda akan tetap mendapat 5 mata ganjaran. Bagi anda yang selalu online haruslah jadikan aktiviti menjawab survey ini sebagai salah satu aktiviti anda semasa online kerana ia lebih memanfaatkan masa yang anda luangkan semasa online. Untuk sesiap...

Cara buat duit sambil nonton TV!

Pernah tak korang dengar orang boleh dapat income dengan hanya nonton TV sahaja? Kalau tak pernah, lepas habis baca artikel ni anda akan tahu. Ada satu program affiliate yang dinamakan Star Light TV yg mana apabila kita langgan siaran TV yg ada dalam 4000 lebih siaran, kita akan dibayar. Bagaimana caranya untuk kita dibayar? Kita perlu promosikan servis Star Light TV ini menggunakan referral link yang kita dapat selepas mendaftar di laman web Star Light TV. Dan yang seronoknya kita dibayar komisyen sebanyak 85% jika ada orang langgan melalui referral link kita. Berapa modal kita perlu keluarkan untuk sertai program affiliate Star Light TV ni? Kita hanya perlu keluarkan modal sebanyak RM50 sekali seumur hidup sahaja. Yuran ini termasuk dengan langganan siaran TV bulan pertama iaitu RM25 sebulan. Pada bulan berikutnya, terserah kepada kita sama ada ingin terus melanggan siaran TV atau tidak kerana ianya bebas kontrak. Akaun kita juga tiada tarikh luput (Tidak akan expired sam...

Rohingya

Dalam 2 3 hari ini banyak lalu kat wall pasal Rohingya. Baca komen-komen rakyat kita pasal Rohingya ni semuanya negatif. Rakyat kata bangsa Rohingya ni degil, pengotor, biadab, dan tidak mahu patuh dgn undang-undang tempat mereka tinggal. Dulu masa kes pembantaian etnik Rohingya di Rakhine, berpusu-pusu NGO tampil nak jadi hero tolong mereka. Tapi sekarang, rata-rata semua rakyat menolak etnik bermasalah ini disebabkan sikap mereka seperti "diberi betis, nak peha". Persoalannya, mengapa kerajaan Myanmar sendiri tidak mengiktiraf etnik Rohingya ini sebagai rakyat mereka? Hal ini disebabkan tanah asal etnik Rohingya ini adalah Bangladesh dan bukannya Myanmar. Selain itu, faktor lain yg menyebabkan etnik Rohingya tidak diterima di Myanmar kerana cara hidup bermasyarakat mereka. Mereka tinggal di Myanmar tetapi tidak mahu mematuhi undang-undang negara Myanmar. Lalu, negara mana di dunia ini yg mahu menerima rakyat yg tidak mahu mematuhi undang-undang? Sebab itu b...